A B O U T


LATAR BELAKANG SYARIKAT


Al-Fath Food Industries adalah suatu perusahan dalam bidang industri makanan dengan mengutamakan makanan tradisi India. Bermula dengan usaha sederhana dalam menghasilkan produk makanan, kini Al-Fath Food Industries telah berkembang menjadi perusahan yang maju dan berkomitmen di dalam menjalankan usahanya. 

Produk-produk yang dihasilkan oleh Al-Fath Food Industries dihasilkan dari bahan-bahan pilihan yang berkualiti dan diproses menggunakan teknologi moden dan bersih. Produk-produk Al-Fath Food Industries telah mendapatkan Sijil Halal dari JAKIM. Al-Fath Food Industries juga telah memasarkan produk-produknya ke seluruh Malaysia dan Singapura



VISI, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT


Visi Syarikat      : Menjadi peneraju dalam pengeluaran makanan tradisi India di Malaysia.

Misi Syarikat      : Menjadi sebuah syarikat pengeluar makanan halal

                               bumiputera berasaskan produk asas fokus kepada makanan tradisi India
                               untuk pasaran domestik dan antarabangsa selaras
                               dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Negara sebagai pusat
                               makanan halal dunia.

Objektif Syarikat :


1. Memproses dan mengeluarkan makanan tradisi india yang berkualiti, halal, bersih dan
    suci.

2. Meningkatkan mutu produk dengan cara mempelbagai jenis teknologi pengeluaran

    produk dibantu oleh peralatan memproses makanan yang terkini.

3. Menyahut seruan kerajaan Satu Daerah Satu Industri dan dimasa yang sama

    menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

4. Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad dengan mempelbagaikan lagi

    produk keluaran syarikat.

5. Mengeluarkan produk secara sistematik bagi memenuhi permintaan pasaran semasa.


6. Memperbaiki proses inventori dan mengurangkan lagi kos pengeluaran tetapi di masa

    yang sama mengekalkan kualiti produk.