P R O D U C T S



Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan Singapura sebagai snek. Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air atau santan dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau gula nisan. Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai Putu mayang. Di Al-Fath Food Industries, kami menyediakan putu mayam secara segar dan sihat, tanpa bahan pengawet terdiri daripada putu mayam biasa, putu mayam pandan dan putu mayam ragi. 




Idli merupakan makanan tradisional bagi setiap isi rumah di India. Rasa idli yang sedap dan lazat menyebabkan ianya menjadi popular di seluruh India dan negara-negara jiran seperti Sri Lanka dan lain-lain lagi. Saiz normal bagi idli ialah dua atau tiga inci diameter dan dibuat dengan adunan yang terdiri daripada beras, dal putih, garam dan air.




Chapati ialah sejenis roti tidak beragi berasal dari Sri Lanka, India, Nepal, Bangladesh dan Pakistan. Chapati diperbuat daripada adunan tepung, minyak sapi, garam dan air. Chapati juga dikenali sebagai sapati atau doday dalam bahasa Pashto.




Putu bambu merupakan kuih tradisional kukus berbentuk silinder yang diperbuat daripada bahan utamanya iaitu tepung beras. Putu bambu biasanya dikukus dalam tiub buluh dan dihidangkan bersama kelapa parut. Di Al-Fath Food Industries, kami membekalkan putu bambu secara segar dan sihat, tanpa bahan pengawet terdiri daripada putu bambu biasa, putu bambu pandan dan putu bambu ragi.